sementara cuti bersalin marilah kite nikmati dulu selingan hiburan ini... ohhhhhhhhh!!!
oh new moon!
cuti bersalin
sunyi je sekarang bila nak update blog?
nantilah.. tengah cuti bersalin sekarang ni
cuti bersalin???? bile masa pulak beranak ni? kawen pun x?
bukan penulis la yg bersalin, blog ni yang bersalin... bersalin kulit atau dalam ertikata yg lebih senang untuk difahami, sedang bersalin layout... tak faham jugak? pedulik apa... haha
ooo.. sampai bila cuti bersalin ni?
heh nama lagi bersalin... nak kene berpantang tu bukannya sekejap.. erra fazira pun sorok anak dia beberapa bulan lepas bersalin -_-"
ok x sabar nak tengok baby layout..
ok.. sabar sabar kerana sabar itu adalah sebahagian drpd sabariah
you are the iron woman, ma
teringat masa kecil-kecil, setiap kali penghujung ramadhan kami akan pulang ke kampung di Muar, Johor. Tapi time tu bukannya tahu nak packing, yg tahu hanya rasa excited yang amat nak sambut raya kat sana. jadi yang akan penat melipat baju ke dalam beg semua ialah ma. semua baju anak-anak dia akan dilipat dalam beg besar antik (memang antik sebab dah guna bertahun2 tapi still berfungsi dengan baik sampai sekarang).
ma... wanita yang aku sanjung tinggi.. bila menjelang je hari raya dia lah yang jadi paling sibuk.. really.. selama aku hidup, she would without fail provide the best she can for hari raya.. lebih2 lagi lepas atok dah xde kami pun dah x balik muar, cume sambut raya kt kota bharu je.. adala dalam 12 tahun jugak kot.. dan sepanjang 12 tahun tu, dia akan prepare everything.. 2 days before hari raya dia akan pergi beli semua barang yang diperlukan untuk masak rendang and lodeh (makanan tradisi everytime raya) and roti jala with kuzi ayam (feveret keluarga).. and the day before hari raya memang dia takkan menang tangan.. and as her daughter aku tolong apa2 yg patut.. potong carrot, kacang and stuffs for lodeh.. pastu tebar roti jala.. kacau-kacau kuzi ngan rendang... biasanya kuah lodeh dia akan masak awal pagi raya because it easily becomes stale in a day...
ma kadang2 stay up sampai 1-2 pagi.. then dalam pukul 5-6 pagi dia akan bangun sambung buat keje balik.. aku pulak sedar-sedar je bukak je mata dari tido terus nampak semua makanan dah terhidang atas meja.. jadi aku just perlu mandi siap2 pastu terus makan then pergi sembahyang sunat hari raya..
but now, this year it will be different... ma dalam wad sekarang... hari ini, 2 hari sblm raya ma kena serangan jantung.. it was very unpredictable because she was never diagnosed with any heart disease before.. memang x disangka langsung tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..
aku menangis tengok ma terbaring atas katil.. dengan wayar berselirat di sana sini.. baru aku perasan betapa shrink nye dia berbanding dulu.. kecik, kurus, cengkung... hingga ke saat ini aku rasa air mata aku akan mengalir anytime bila terkenangkan dia.. dan sekarang ni semangat nak sambut raya dropped dramatically.. apa maknanya raya tanpa ma di sisi? it's totally meaningless.....
respond to hanis zalikha's latest entry
in case you all x tahu siapa itu hanis zalikha, baca blog dia dalam link aku.
i've been following her blog for quite a long time.. betul2 admire dengan si cantik manis yang sangat geliga dalam penulisan blog.. dia pandai mengambil hati pembaca dia with her own style of humor, her manja-ness and of course sebab dia seorang yang cantik inside and outside.
and that's why ramai yang follow blog dia, x kira umur, jantina dan bangsa.. yang jantina lelaki tu obviously la ada niat-niat tertentu.. sampaikan ada segelintir pembaca lelaki yang terikut-ikut dengan gaya penulisan hanis zalikha. seriously i tell you bila lelaki menulis style macam tu, aku rasa itu amatlah dayus dan pondan. puh-leaseeeeeee! don't try so hard to sound funny or else you'll sound like an idiot..
and isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan bloggers sekarang ni, a young female teen plagiarized hanis zalikha's entries.. budak tingkatan 4 kalau x silap aku.. kesian, muda-muda lagi dah kene kutuk orang ramai.. sampaikan blog member-member dia pun dijadikan port kutukan.. and blog budak itu sudahpun didelete sebab x sanggup menanggung malu agaknya.
sebagai seorang guru aku xkan kutuk budak tu... it's very destructive.. tapi apa yang aku nak bagitahu kat sini, if you own a blog, try to make it yours originally.. although what you update xlah segempak mana, as long as it's original, xde sape pun yang akan condemn.. and kalau kene condemn pun just accept it and stick to what you write.. u are entitled to your own opinions kan?
to the plagiarist, i think the best way now is you apologize to hanis zalikha. kira beruntung la tu dapat communicate dengan dia. and hanis, i hope you forgive that girl. do what you think is best for both of you (ceh, macam dia baca je entry ni).
ok gotta stop. me signing off now..
kisah malang yang lucu (part 2)
panas membahang. keringat di muka disapu dengan tuala kecil. mak cik yam tetap meneruskan kerja menuai padi. sudah hampir 2 jam dia di sawah.
EH..SILAP CERITA LA.. SORRY SORRY.. "KISAH MALANG YANG LUCU (PART 2)" AKAN BERADA DI PASARAN TIDAK LAMA LAGI.. HARAP BERSABAR
kisah malang yang lucu (part 1)
hari untuk dia meninggalkan bumi kota bharu telah tiba. pintu B telah dibuka untuk semua penumpang penerbangan AK5281. Maka dia turut menyertai penumpang-penumpang lain pergi berbaris. dia harus berjalan sejauh 100 meter untuk memanjat anak tangga kapal terbang. 4 meter dari tangga, tiba2 telefon bimbitnya berbunyi lalu dijawabnya. kedengaran suara kekasih hatinya di corong telefon. hati berbunga tetapi dia terpaksa memberitahu kekasih hatinya dia terpaksa memutuskan talian (bukan memutuskan hubungan)
sebaik sahaja memasuki di dalam kapal terbang, dia mencari tempat duduknya. 21C. di mana ya? oh di situ. oh tidak. bukan di tepi tingkap. kecewa dia. sebelum duduk, dia meletakkan beg komputer ribanya di kaki. sebaik sahaja melabuhkan punggung, telefonnya berbunyi lagi. malu sebab bunyinya sangat kuat. dia telah menerima sepucuk pesanan ringkas dari kekasih hatinya. habis membacanya, dia mematikan telefon bimbitnya dan disimpan di dalam beg.
kerusi tengah tidak berpenumpang. kerusi berhampiran tingkap diduduki oleh seorang pakcik yang memakai topeng. jeles dengan pakcik itu. kemudian datang seorang pramugari di tepinya untuk membuat demonstrasi. selesai demonstrasi, datang pula seorang pramugara untuk memberitahunya supaya menyimpan beg komputer ribanya di bawah kerusi. terkulat-kulat dia cuba menyimpannya. ah macam mana ni? tak muat pula. dipusing beg itu dan disorongkannya di bawah kerusi. muat.
penerbangan yang memakan masa 1 jam itu agak menjemukannya. jadi sepanjang perjalanan itu dia melelapkan matanya. dia harus berehat kerana setibanya dia di lapangan terbang, dia harus menaiki bas ke kl sentral kerana abangnya akan menjemputnya di sana.
tetapi sebelum terlena, dia telah menyaksikan drama cinta sepasang suami isteri yang ditekanya baru berkahwin di tempat duduk sebelah satu lagi (21F dan 21G). si isteri bermanja-manja dengan si suami. di tarik tangan si suami dibelai-belai. dilentokkan kepala ke bahu suami. bernanah mata menyaksikan adegan sebegitu. bukan apa. sekarang ini bulan ramadhan, tidak manis untuk berbuat begitu di khalayak ramai. dia mengutuk-ngutuk pasangan suami isteri itu di dalam hati. habis kurang pahala puasanya.
setelah satu jam, kapal terbang mendarat. dia dengan lajunya mengambil beg tangan dan beg komputer riba dan bangun untuk keluar dari perut kenderaan bersayap itu. dia turun tangga. dalam 5 meter dia berjalan, dia meraba-raba di dalam beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya. cari punya cari, tidak jumpa. cari lagi. pun tidak jumpa. dia mula di serang panik. dicari dalam beg komputer riba. tidak jumpa juga. ah sudah, tak mungkin telefon itu terjatuh di dalam kapal terbang.
dia berpatah balik ke arah kapal terbang tadi. dia memberitahu pramugari yang sedang menunggu di tempat berhampiran. berlari-lari pramugari itu menuju ke kapal terbang. hampir 5 minit dia menunggu pramugari itu datang balik, lalu dia menelefon kekasih hatinya dengan telefon bimbit satu lagi. teresak-esak dia bercerita. kemudian pramugari itu datang. kedua-dua tangannya tidak memegang apa-apa. bermakna telefon bimbit itu sudah selamat diambil orang lain. pramugari itu menasihatkannya untuk membuat laporan di kaunter lost & found.
i'm smiling
for all these reasons
aku x sabar menunggu hari esok.. akan menjadi pengunjung setia bazar ramadhan dekat stadium kota bharu.. heh korang akan termuntah hijau tengok muka aku hari-hari kat sana.. nyeh nyeh nyeh! padan muka.. batal puasa ;p
p/s: salam ramadhan buat semua sahabat.. especially to kaklom and mek.. aku akan cuba untuk menggantikan ayam percik yg telah dibuang ke dalam tong sampah itewwww....
erti pengorbanan
bila dia kata aku tak menghargai apa yang dia lakukan untuk aku, aku menafikan sekeras-kerasnya kerana anggapan aku, tidak ada satu pun benda yang dia buat menunjukkan pengorbanannya terhadap aku.
selalu juga aku blogwalking, mengintai-intai kehidupan mereka yang berpasangan, x kira la samada yang sudah sah ataupun berlagak sah. bahagia. gambar berdua. cerita ke sana ke mari berdua. melakukan itu ini bersama. yang lelaki sanggup berhabis-habisan untuk pasangan perempuannya. beli macam-macam. teddy bear on the spot (macam pergi dating kt shopping complex then lalu depan lovely lace terus masuk beli yang paling besar dan gebu dan sedap dipeluk masa tidur dan si perempuan matanya terus berkaca bila dihulurkan teddy bear itu), bouquet of flowers (kenapa perempuan sukakan bunga?), barang kemas, cool gadgets (handphone, imac, ipod, iphone, idon'tknowwhatelse), lingeries (ok yg ni aku reka sendiri tapi rasa-rasanya ada kot yang bagi) and the list goes on.
cemburu juga rasa. sampai aku melabelkan dia sebagai seorang yang tidak gentleman, tidak sanggup beli apa-apa untuk aku. maknanya dia tidak mahu menggembirakan hidup aku. sorry aku bukan buat tuduhan melulu. kalau kau mahu tahu dengan lebih lanjut kau baca buku tentang hubungan lelaki dan perempuan macam "men are from mars and women from venus" kalau tak silap aku. dan dalam buku itu ada dinyatakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk perempuan yang dikasihinya dengan harapan untuk mendapat balasan berupakan senyuman ataupun ucapan terima kasih kerana itu menandakan si perempuan gembira dengan apa yang telah dilakukan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
"when we go out together and u give bad remarks, it feels wasted. i'd rather give the money to my dad than spending them on you."
ok tersinggung tapi nanti dulu. jangan prejudis. dialog itu bukan setakat itu.
"do you know why i want to buy a bike? because i spend 200 ringgit for the petrol every month. but if i own one, i could save more."
hati mula cair sedikit demi sedikit.
"i'm not from a wealthy family. my dad works under the sun to feed us family. 8 hours under the hot-blazing sun."
air mata mula mengalir laju. ibu bapa merupakan isu yang sensitif.
"and i don't want to burden my dad for the feast."
x dapat tahan lagi. menangis macam dalam drama melayu. T_T
"salah aku yang tidak memahami
salah aku mahukan itu ini
salah aku kerana tidak tahu latarbelakangmu
dan keinginanmu untuk memiliki aku"
p/s: ianya merupakan pengorbanan yang paling indah, terlalu indah untuk aku tulis di sini.. =)
aku bukan artis untuk diminati sebegitu rupa
tempat ini sudah tidak selamat sekarang. bukan sebab H1N1 biarpun sekolah bakal ditutup akibat wabak tersebut. tetapi tempat ini tidak selamat kerana sudah menampakkan simptom2 yg lebih ganas dari penyakit itu.. "gangguan stalker giler sawan babi swine H9N9."
jiran sebelah rumah telah melaporkan kisah ngeri yang berlaku dari awal pagi hingga ke tengahhari tadi ketika aku berada di sekolah.. si stalker giler sawan babi swine H9N9 itu telah lalu-lalang di hadapan rumah berulang kali macam along nak kutip hutang.. dan dengan beraninye die siap masuk ke dalam kawasan rumah lagi! hai berani betul kau ni ya stalker x takut dengan jimmy the dog ke... wait a minute.. Jimmy! where were you at that time? you were supposed to protect the house while i'm away.. paling kurang pun you should jump over the fence kau lompat atas badan dia kemudian kau berak kat muka dia seketul dua ke hee tak gune betulla kau ni jimmy sia-sia je aku bagi makan free..
i thought si stalker giler itu xkan kacau aku after aku bagi warning kt dia ari tu.. tengok2 dia buat hal lagi.. siap ponteng skolah lagi semata2 nak stalk aku. ish! mana pegi mak bapak kau ni? ke kau ni kena dera ngan diorang sampai mental kau dah tak boleh berfungsi dengan baik dah?
jadi agaknye korang dah boleh agak kan siapa si stalker giler sawan babi swine H9N9 itu? ye dia adalah pelajar pompuan yang fanatik terhadap aku. dan aku rasa macam aku adalah seorang ellen degenerous sebab diminati sedemikian oleh kaum sejantina. T_T
tempat ini sudah tidak selamat lagi. aku harus berpindah ke bulan sekarang!
masalah besar
i'm packing.. yes i'm moving out.. but it's not gonna be that far anyway.. it's just that i don't belong in this house anymore.. jodoh aku dan rumah ini hanya akan kekal sehingga bulan 10 ini sahaja.. dan ini bermakna aku akan berpisah dengan jimmy the dog tidak lama lagi.. bye bye buddy, i'll come visit u once a week okay?
jadi sekarang aku sedang mengharungi saat-saat yang paling sukar bila nak berpindah.. mengagih-agihkan barang perlu dan barang tidak perlu.. susah weh..rasa macam semua barang tidak perlu itu adalah barang perlu..
but for now, benda tidak perlu aku adalah my old shawls yang aku pakai zaman mengaji di UTM (don't laugh at me ok?).. i still keep them because of their sentimental values.. like this cream tudung, aku selalu pakai time dating ngan encik boyfie.. and that pink tudung, kalau dah boring pakai cream tudung time nak pergi dating, aku akan pakai.. and that black tudung matched every t-shirts that i wore masa keluar makan ngan dia (so it's all about dating then.. hehehe)..
semua my old shawls aku dah lipat, just menunggu masa untuk dieksport keluar.. the problem that i'm having now is "should i throw them" or "should i use them sebagai alas kaki?".. atau pun aku harus membuat sesi "bersamamu" dengan pelajar-pelajar?
haha apala wan syeida masalah old shawls pun nak diperbesar-besarkan macam masalah negara...
si macho yg moody
jangan berdiam diri
di saat kau moody
gelisah aku bila kau begitu
ingin aku memelukmu
menyejukkan hatimu
meredakan api marahmu
agar kau kembali tersenyum
kembali bercanda
kembali gembira
sayang
ku mahu kau tahu
hilang kemachoanmu
kalau moody lama-lama
tapi walau apa pun
kau tetap si macho no.1 di hatiku
jgn baca.. entry merapu
why is it that loving you is hard but i still strongly love u even though in the end it's just gonna hurt over and over again? it's like no matter what i do no matter how i try not to make u feel upset, it just won't work.. and i hate the fact that u are upset.. because u hate me when u are upset.. and i don't want to be hated by you... and to be hated by you feels like living with no substance..
the only person that i wanna be is with you.. why can't u trust me on that?
kalau desperate skalipn, don't show.. it's a turn-off
AMARAN! entry ini mengandungi byk carutan.. if you have sensitive gums, please don't read or they will bleed..
rasa sgt pissed off skang. okay, totally extremely pissed off.
kenapa still ada lelaki kt luar sana yg begitu desperate looking for a wife but just for the sake of taking care of his children because his beautiful ex-wife (so beautiful that he did not deserve her at the first place) left him for another guy?
okay the story begins like this.. last week i went for breakfast with kak nik outside the school (kitorang memang selalu dine out tnpa permission.. hehe). sampai2 ke destinasi sarapan, tetiba ternampak encik timbalan ppd was buying some foods. so we freaked out, cube sorokkan diri dr penglihatan dia macam seekor anak tikus berdecit lari dihambat seekor kucing.. and this useless desperate duda saw us. he is one of kak nik's clients (kak nik is an insurance agent)..
after the encik timbalan ppd went off, me and kak nik cari tempat duduk.. but kak nik pergi duduk semeja dengan that useless desprerate duda, aku terpaksa join.. that duda said die slalu nampak aku pergi jogging kt taman tasik.. jadi bile aku recall i suddenly remembered him trying to jog closer to me but luckily anak kecik die tak mampu nak lari laju2 so aku pn ape lagi cepat2 pecut macam masuk sukan olimpik.. that is why i hate jogging now.. people (desperate guys) are chasing your butt.. bodohhh!!!! haram jadah!!!!! bangsattt macam langsattt!!!
ok berhenti mencarut sambung balik cerita td.. so then me and kak nik ordered our food munch munch slurp slurp.. that duda mule bukak citer sedih die (weii x malu ke kau nak menagih simpati ngan pompuan?).. of how his wife cheated on him and they divorced 6 months ago.. bla bla bla bla sampai aku pun rasa nak kuarkan balik my breakfast meal.. dah habis sesi luahan citer sedih die, die pun tanya soalan bonus kat kak nik "xde ke sape2 yg boleh dikenalkan kt saya?"
aku pn suh kak nik bagi no. kak azimah. duda tu save. back to school i went to find kak azimah and told her about the incident. kak azimah nampak a bit reluctant la jugak. ye la duda anak tiga kan. but kak azimah said ok try dulu.
at the same time kak nik bagi no. telefon khairunnisa (cikgu gstt yg comel dan muda) to that duda. duda tu ajak jmpe so they went for a blind date. back from the date, nisa citer everything yg that duda memang desperate gile nak kawen. (heh, first time date terus ajak kawen.. betol ke x kepala otak kau ni)..
so setelah direject khairunnisa, he went to try his luck with kak azimah pulak.. pergi dating.. and kak azimah pun citer bnda yg sama.. but this time it's a bit interesting becoz that duda macam bg hint to kak azimah "kite kawan dulu kenal hati budi masing2 then tengok kalau ada jodoh, kawen" tp die mesej kak nik die duk cakap kak zimah tu berisi la segala bagai...shame on you mr. duda!!
and then u know what happened? last night, i got a text from him.. entah kt mana dia ambek no. hp aku.. he introduced himself and said saje nak mesej2.. kepala hotak kau!! baru 2 malam lepas kau dating ngan kak azimah skang kau nk usha orang lain wtf??? so i replied "mintak maaf ye tunang saya x suke saya mesej ngan lelaki lain. harap maklum" then he said "sory. semoga BERBAHAGIAN dengan tunang." ye memang die eja bahagia macam tu... hahahaha.. dahla duda, x hensem, bm pn x pas... padanla kene tinggal..
rasa x puas hati dr mana die dpt no. aku, so i called kak nik..nope, she didn't give the number.. then i called kak azimah.. yes, it was her.. kak azimah ckp that duda mintak no. aku sbb nak mintak maaf. wtf? then i told kak azimah the whole thing. she felt guilty so she apologized. aku pn cakap kt kak azimah x yah layan la jantan bodowh mcm tu jenis x sedar diri ingat die tu hebat sangat.. and even kak azimah pn kata die pn malas dah nk layan because of his desperado..
so now u understand why aku pissed off yg teramat? to all mat-mat jantan duda out there, desperate mana pn korang, please choose ur t-shirts according to your size okay? xkan la body kau macam bob ku2 kau nak pakai baju saiz s pulak.. and kalau kau desperate pn, please hide it in your closet.. kami orang perempuan x suke lelaki yg menagih simpati.. x hot dan x cool.. unless kau memang nak menduda sepanjang hayat, silekan berbuat begitu...
p/s: the moral of the story is, jgn mkn di luar sekiranya anda seorg cikgu.. makan saja di kantin biarpun x sedap dan mahal.. sekian.. readmore»»
maafkan aku si cantik manis, aku x tahan godaan abang gagah
baru pulang dari kl and so here i am kembali depressed di tempat yg paling sucks dalam peta dunia.. hoho.. but anyways rasa quite happy sebab aku sudah ketemui dia! dia yg sudah lama ku tercari-cari dan ternanti-nanti akhirnye muncul dalam hidup aku yg serba daif ini..
dia adalah si abang gagah yg menunggu aku di atas rak.. abang gagah hitam manis serinya memancar-mancar di bawah kilauan spotlight memanggil2 aku untuk mendekati dia.. aku jamah dia dan ku raba setiap inci badannya.. ku seluk di dalam.. ok memang saiznye menepati citarasa aku...
my old bag selalu menjadi bahan lawak students.. everytime aku seluk beg nak cari barang, one of my students said "dah cari dah dalam beg stor die" or "die nak kuarkan ape tu dalam poket doraemon die"... haih! rasa macam nak tempeleng time tu jugak...
aku sayang gile beg tu biarpun tampak murahan sebab die memang murah.. if you guys wanna get a picture of the bag, u can watch estrella's video "take it slow"... beg yang liyana (the singer) kendong tu sebijik macam beg aku.. siyes... aku ni bukannye penggemar dan pengumpul beg tangan.. to me it's always difficult to get a handbag that suits me.. that gives me the chemistry for me to carry here n there.. maybe it sounds complicated.. i am complicated.. everytime i want to choose a bag on the shelves, i try to connect myself to it.. cari chemistry.. but sometimes bile dh rasa connected, tons of questions will come.. "kang ade orang x suke kalau pakai beg ni?" or "x over ke kalau ambik beg macam ni?" or "rasa-rasa aku nampak pendek x bawak beg ni?"... haha bajet tinggi sangatla aku ni dasar pompuan pendek tak sedar diri wtf...
dat's y i prefer shoes than bags.. sebab kasut boleh menambahkan inci hahahaha.. but not all types of shoes i can wear.. especially strappy heels... sebab kaki aku macam itik.. kaki itik x boleh pakai strappy heels..no way.. cannot.. kalau x percaya sila tanya daisy duck..
tapi pape pn hati sudah gumbira jadi mari kita lihat wajah2 riang di bawah..
wahai si cantik manis di atas rak, tunggu aku hujung minggu!
women should get a pair of new heels every 3 month..
last time i checked, the latest new heels i bought, that was like 6 months ago...
so aku kene beli 2 pasang kasut weekend ni!
hot n cool like shit
aku benci setiap garisan muka engkau
aku benci melihatnya
kau boleh pergi
pergi mati
kau sangka kau hot?
kau macam wabak year end sale?
laku bila betina2 berebut2 cuba dapatkan kau
sampai ada yang dipijak ditolak
sebab kau barang rare
siapa dapat dia paling bertuah
di dinding rumah kau dibingkai logam emas
biar tetamu boleh menatap cemburu
kau sangka kau cool?
bila kau lalu semua mata tertumpu
kagum dengan perwatakan kau
kau senyum orang lain cair
kau melirik orang lain jatuh terguling
lirikan kau macam sakaratulmaut
boleh menghentikan nafas mereka?
hey mari sini aku nak bagitahu
kau langsung tak hot
apatah lagi cool
kau macam tahi
busuk
aku jijik dengan kau
faham?
aku dikejar hantu buatan malaysia
this song has been humming in my head like even when i'm sleeping i still can hear the voice.. (menakutkan weh)
Zee Avi - Bitter heart
Sun rays come down as seen when they hit the ground,
Children spinning around till they fall down down down.
I wait for you: it's been two hours now,
You're still somewhere in town,
Your dinners getting cold.
I rest my case you are always this late,
And you know how much I hate waiting around 'round 'round,
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.
And then you come and tell me the same reason as you did yesterday,
So tell me whats her name.
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine.
Now who said Malaysian product no good huh? kalau dah boleh mengganggu menapak di ruang akal aku sampai begini skali that proves the saying is wrong...
jadi aku support local product skang!
p/s: lagu "kantoi" pun berhantu juga
Medley: Berjanggut baru dapat upload
Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya
Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta
Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu
Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau buatku terjatuh
Dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang tlah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri
Kau buatku terjatuh
Dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang tlah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri
Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Sebab Kami Best Jadi Kami Menang
semalam eh x bukan semalam, 2 hari yg lepas Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Daerah telah diadakan di Cafetaria PPD Raub.. cafeteria babe! rasa macam buat gig giteww.. so there were 4 schools taking part.. and my school was among them.. and jeng jeng jeng... ketuk drum sket.. we won!!
AG (the main guitarist)
Mat Kering (the second guitarist)
Hazelis (the Bassist)
Syafiq (the ketuk Bongo)
and chekgu diorang pun nak menempel jugak.. AG ajak perform nyanyi lagu Yuna for penutup but i wanted lagu Ku Katakan Dengan Indah bcoz i love the song so much sebab the lyric was very meaningful for me so we did a medley..
to watch the video wait for the latest entry occay?? and kami akan bertarung lagi pada rabu malam depan untuk peringkat negeri.. so please please please pray for our victory! readmore»»
Damn Homesick
Today i received the cutest call from my 8 years old niece..
Situation: I was driving back home from school. Suddenly the handphone rang, saw the caller "Kak Lynn" (my sister)... rasa agak nervous and worried if anything happened at home.. so then i pn jawablah..
Me : Hello
Niece: Hello Cik Su.. ado 4 ekor anak kucing baru kat umoh... 2 serupo Koko 2 lagi mache Tomey
(tanpa muqaddimah terus bombard aku dengan berita yang mengejutkan)
Me : (blur... otak tgh proses try to figure out the voice) Sapo ni?
Niece: Nok letok namo gapo Cik Su?
Me : Kakak ko ni?
Niece: Hor kakak ni. Cepatla Cik Su nok letok namo gapo ni ado hok mace Koko..
Me : Erm... Nino.. (dunno why this name came up)
Niece: Hor Nino.. Pahtu hok lain?
Me : Nati Cik Su pikir dulu kakak pahtu Cik Su oyak ko kakak.
Niece: Hok mace tomey tu nok bubuh namo gapo Cik Su?
Me : Jate ko tino?
Niece: Hor tu la x tahu Cik Su kelik la tengok. Bilo Cik Su nok kelik?
Me : Nati la seminggu duo lagi Cik Su kelik pahtu kito bagi namo..
Niece: Hor kelik la Cik Su
Me : (terharu isk isk isk) Hor nati Cik Su kelik
Niece: Hor dehh.. bye
T_T nak balekk!!!! Nak jumpe anak2 buah yang paling hyper in world.. Nak jumpe mak ayah.. Nak makan best best... Nak bagi nama kat anak2 kucing... Nak jmpe Koko!
Homesick itu adalah gejala pathetic tau x?!
buat bintang
bintang..
jangan kau hilang..
suluhkan sinarmu demi malamku, gelapku..
temani aku
jangan hilang..
jangan pergi...
even after
even after
after we departed that night
i still miss you
even after
it didn't end so well
i still hope for the rainbow to shine
because i know deep down inside us
we're trembling with love
but we're never brave enough
to face the unpromising truth
then
even after
we don't talk to each other anymore
i still long for your voice
even after...
about jimmy
entry ini mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca jadi harap maaf kalau ada yang tersinggung..
pernah x anda imagine untuk mempunyai teman sepermainan yang comel begini?
boleh jadi ornament pokok yang mak tanam
ok papi mami will buy u a bigger chair
so jimmy is truly a great company.. everytime aku keluar dari rumah or balik dari sekolah, jimmy would wait for me at the gate.. not really my gate..it's the gate that i share with my neighbour... oh wait... die bukan tunggu aku sebenarnye.. die tunggu makanan dari aku..
and he is also a good protector.. since i rent the house alone, but i rarely get scared of any intruder because i know jimmy will bark at any stranger who approaches the house... rasa sangat secure...
and to show that i'm so grateful of jimmy, i always feed him food.. macam-macam ahh aku bagi kat jimmy neh.. ayam goreng, sosej, roti sandwich, twisties, potato chips, karipap.. lagi apa lagi? nasi goreng ikan masin, buah manggis, air sirap, choki2.. okay, tipu... tapi boleh dikatakan all the foods that i feed lagi mewah dari makanan yang tuan die bagi...
and everytime aku feed jimmy, aku selalu selitkan dengan magic show... really.. aku boleh buat magic dengan jimmy.. jimmy selalu teruja bila nampak aku bawak makanan sampai melompat2.. nasib baik pagar tu tinggi or else... so when i say "Sit" while shoving my hand, secara otomatik jimmy akan duduk dengan tegak.. ceh ceh konon macho la tu...
but today entah macam mana magic trick aku x menjadi... i got back from kfc and brought jimmy the leftovers... so he was like over excited when i handed him the chicken die terus ngap maka terkenalah saliva jimmy kat tangan aku... wohooooo... najis najis najis.... tangan aku terkena najis mughalazah...
jadi aku pun mule lah mencarut dalam bahasa yang sopan kat jimmy dan dengan kadar yang segera pergi menyamak tangan yang terkena saliva itu... (fyi, samak adalah membersihkan mana2 anggota badan anda yang terkena sentuhan binatang2 haram dengan 1 bilasan air tanah dan 6 bilasan air biasa)
jadi adik2 kakak2 dan abang2 sekalian, jangan sesekali meniru aksi berbahaya ini di rumah... ingatlah orang yang tersayang.. skali terkena pasti terkena lagi skali... siap kau jimmy, aku xnak dah feed kau lagi...
p/s: gambar jimmy ada dalam hp.. i'll upload next time
first debut by yuni
presenting hot yuni with her first unfinished single.. enjoy the clip
pecahkan buih
bila aku kata aku ingin bersama kau
aku ingin bersama kau walau dalam apa jua acara
dan aku tak kira walau apa alasan yang diberi
aku tetap mahu bersama kau
tapi kau tidak pernah mahu mengerti aku
kau mahu hidup dalam buih mu sendiri
dan biarkan buih mu berterbangan
meninggalkan aku di atas tanah
kau rasa kalau aku pecahkan buih kau
kau akan rasa sakit tak?
to all celcom broadband users
sila hentikan segala aktiviti online anda.. yang ym tu leh tutup ym.. yang tgh blogging tolong save dalam draft.. yang ngah fesbuking pun sila klik kotak 'x' kat atas sebelah kanan.. anda semua telah disyaki sebagai punca kepada lembabnye speed broadband ini sehingga aku nak update blog pun susah.. lambat macam siput!!!..
celcom broadband memang slow.. slow macam celcom broadband.. so ape2 hal pasni anda boleh gunakan ayat ini contohnye time ayah anda memandu kereta anda boleh cakap kat ayah anda "bapak ni bawak keta slow macam celcom broadband lah!"
would you?
sometimes i want to give up on you... you like to test me.. you want to see how strong is my patience.. you want to see if i might stumble along the way..
but i'm gonna tell you this.. i won't... just test me.. just see how strong my patience is... just see me walking or running or i might even crawl all the way just for you...
and then it makes me wonder.. would you do the same for me?
kuey teow kerang
saya berjaya memasak kuey teow kerang yang sedap..
betol2 sedap okay?
sampai licin my family makan..
kalau buka kedai mesti ramai yang keciwa sebab kuey teow sudah sold out awal2
tapi sekarang perut sudah sakit-sakit
sudah 3 kali berzapin perasaan di tandas
adakah kuey teow kerang itu puncanya?
tapi kenapa saya seorang menjadi mangsa?
"once u own a thing, the thing owns u..."
semut dan grasshopper
hidup seperti seekor semut
busy ke sana sini mencari makanan buat bekalan saat kecemasan
penat...
bila aku akan memegang watak grasshopper yang suke bermain biola ketika musim kemarau semakin menghampiri?
aokk masokk balekk
just like i expected budak aokk af7 yg telah pn terkeluar dari akademi 2 minggu lepas akan masuk balik. nampak sangat strategi busuk astro yang sebenarnye x memerlukan sebarang undian pun dari penonton. aku kesian sebenarnye kepada sesape yang menghabiskan kredit henpon diorang semata-mata nak mengundi student kegemaran they allz. korang semua dah jadi mcm robotaktik (robot yang diperkotak-katikkan).
masa aril diumumkan kuar, aku memang dah boleh nampak taktik yang direncanakan. sebelum aril dikuarkan, akademi menjemput makcik itik (marsha af3) jadi r.a pastu buat2 skandal ngan aril dengan harapan that will be the reason aril tersingkir. Then memang sah-sahla tersingkir kan?And then the next week, 2 pelajar pompuan yang memang tah macam hape-hape dikeluarkan kemudian tiarak jacquelinak (aku memang x suke pompuan haprak yang hipokrit neh) dengan muka toye nye bt announcement "sy sebagai pengetua af mengumumkan afundi masuk" sebab nak masukkan balik budak aokk.
Heh! jangan ingat aku tak taw la astro n hotlink memang dah berpakat dari awal dah sebenarnye semate2 nak mengaut keuntungan besar. gile lah korang makan duit haram bagi kat anak bini kau semua nanti cucu cicit kau memang macam haram la nanti.
program kt tv memang dah macam jahanam skang ni xde ketelusan especially program realiti yang x real langsung neh. daripada aku dok layan program jahanam neh lebih baek aku pi buat rancangan mengajar untuk setahun (nak buat untuk satu hari pun liat sebenarnye.. huhu)
entri tanpa makna
minum malam bersama bekas pelajar. wow! ex-students.. rasa macam dah lama pulak menabur bakti sebagai seorang pengajar padahal br setahun jagung.. or maybe 2 tahun lebih jagung..
mm.. kalau anda rindu kat seseorang, apa yg anda akan buat?
A. call atau text dia gitaw yang anda rindu
B. call atau text dia tapi x gitaw pn yg anda rindu kt dia
C. x call atau text dia langsung
D. biar je ngan rasa rindu tuh.. it will go away...
aku rindu kat orang tu. tapi orang tu nak dengar ke luahan rindu aku kat dia? macam mana kalau aku gitaw dia ''rindu nyer...'' tapi respon yang diterima tak seindah bulan di langit? cube bayangkan beberapa situasi di bawah
Situasi A
aku: rindunyer...
orang itu: ye ker.....
Situasi B
aku: rinduuu...
orang itu: ok...
Situasi C
aku: rindu la
orang itu: ......."bunyi cricket"
aku rasa aku x dapat menanggung semua respon di atas. mungkin aku akan ambik sebatang kapak dan mengapak kepala aku. tapi kapak plastik je la.. hehe
buat orang iteww... rindu taw tak... kenapa bad mood sehari dua neh? :(
sebelum tidur
selamat malam bulan..
jangan berhenti menerangi kegelapan..
selamat malam bintang..
temankan bulan malam ini yea?
selamat malam cinta..
mimpikan yang indah tentang kita
selamat malam semua..
zzzz....
big announcement!
attention people!
i have a very big announcement here.
I'M IN LOVE!!!
Seriously..
And the lucky person is.....
Hugh Jackman!!!
OMG! I just watched him in his latest film. Though i'm not a massive fan of marvel, but the movie is best gilerr. And Hugh Jackman @ Logan @ Wolverine, seksinyer badanmu itu. Tell you what, all the muscles fit in the right places.
Hugh Jackman, ambillah daku. Akan ku bahagiakan dirimu dan aku tidak akan melayan anak-anakmu seperi ibu tiri cinderella. Marry me bebeh!
oh faridah
oh faridah
gadis yang hebat di sekolah rendah
dia memang suka bertikam lidah
mengumpat orang tak sudah-sudah
tapi oh faridah
kini kau seorang penagih dadah
memang kau sengaja cari padah
cari nahas tak sudah-sudah
oh faridah
nasihat orang dia dah tak endah
esok lusa bila dah terjatuh terngadah
padan muka engkau faridah
hey faridah
hidup ini bukan mudah
tapi kalau kau dah tersalah redah
menyesal pun tak berguna sudah
pigidah faridah
p/s: tadi aku pergi jusco setiawangsa dan terserempak dengan si faridah yang satu sekolah rendah dengan aku. dulu dia seorang yang gedik tapi sekarang dia menjadi seorang yang anggun. dan sajak di atas tiada kena-mengena dengan cerita faridah tersebut. the idea came when i was driving back to raub (tempat yang paling sucks dalam dunia).
Dengarkan cerita saya
Ini ada suatu kisah yang lucu yang bisa membuat jiwa anda semua kacau.
Pada suatu masa dahulu di sebuah sekolah, terdapat seorang guru yang sememangnya lain daripada yang lain. Guru itu perempuan, tak berapa tinggi dan tak berapa pendek, boleh dikategorikan sebagai comel juga montok dan mempunyai personaliti yang senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Kita namakan guru itu sebagai Chekgu S.
Apa yang menyebabkan Chekgu S tersebut lain daripada yang lain? Pertamanya dari segi berpakaian. Dia memilih untuk bergaya kasual hanya dengan memakai t-shirt dibaluti jaket atau kardigan dan berseluar jeans dan dia sentiasa bertudung dan bercapal Ipanema walau ke mana.
Keduanya dari segi personaliti. Chekgu S ini senang bergaul dengan sesiapa, agak gila-gilaan, suka membuat halnya sendirian, very open-minded dan meminati band-band indie. Dia pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sekolah.
Dan yang ketiga dari segi pemikirannya. Dia agak kreatif berbanding dengan guru-guru lain di sekolah tersebut. Tetapi hasil kreativitinya sering tidak dihargai. Buta seni sungguh depa-depa nih. Pada hari sukan sekolah, dia telah mencipta tema pirate untuk ahli perbarisan rumahnya. Budak-budak perbarisan dipakaikan dan dimekapkan seperti pirate, rakit pirate dibina dan diusung sepanjang perbarisan dijaga oleh seekor ikan duyung. Walaupun ideanya begitu gah dan jauh berbeza, tapi team yang menggelek-gelek bontot dan terkinja-terkinja macam kera (cheerleaders) tetap mendapat tempat di hati mereka.
Kembali kepada kisah guru tersebut. Chekgu S ini suka bersendirian. Pulang dari sekolah, dia lebih suka tidur di ruang tamu secara solo. Kemudian dia akan bangun untuk bersiap sedia pergi jogging pada waktu petang juga secara solo. Dan pada waktu malam dia akan menikmati hiburan di rumah secara solo. Begitulah rutin hariannya pada hari bekerja. Solo, solo, solo dan solo. Dan hujung minggu kebiasaannya dihabiskan di Kuala Lumpur untuk berwindow shopping tetap secara solo.
Kemudian pada suatu hari, ada seorang guru perempuan yang baru dipostingkan ke sekolah yang sama. Guru baru itu tiada tempat tinggal, lalu ditempatkan di rumah warden untuk sementara. Guru itu telah diberitahu tentang Chekgu S yang menyewa seorang diri. Pada malam itu, satu mesyuarat kecilan diadakan di hostel tersebut yang turut dihadiri oleh guru PK HEM. Guru PK Hem itu bertanya perihal guru baru itu. Guru itu menyatakan untuk menyewa di rumah Chekgu S. Lalu tanpa bertimbang rasanya Guru PK Hem itu berkata, "Tak payahlah sewa dengan Chekgu S tu. Nanti yang pergi ke surau jadi tak pergi ke surau."
Ye tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian...
Sesungguhnya yang mengeluarkan kata-kata fitnah itu adalah seorang ustaz. Seorang yang sepatutnya dipandang mulia kerana tinggi nilai agamanya.
Tapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, masih tegakkah persepsi anda tentang kemuliaan seorang ustaz atau mungkin pandangan anda sudah goyah setelah membaca kisah di atas.
Mungkin Chekgu S ini funky dan seksi tapi menutup aurat orangnya. Tetapi untuk mengkafirkan orang lain, untuk menghasut orang lain berkelakuan tidak baik, terlalu hebatnya fitnah tersebut. Mungkin Chekgu S ini senang bergaul tak kiralah dengan lelaki ke perempuan ke khunsa sekalipun, tapi tidak bermakna dia seorang yang ber'sosial'. Ber'sosial'kah Chekgu S ini bila dia berjogging dan berwindow shopping secara solo? Haih!
Tuan-tuan dan puan-puan, sila jawab soalan saya dengan ikhlas. Siapa yang jahat sekarang ni? Siapa yang menghasut siapa sekarang ni?
Lu tak payah pikir pun lu dah tahu!!!
Budak Hujan
Aku hepi tengok baju hujan itu.
Gembira bila melihat pemberian kite digunakan sebaik-baiknye.
Hujan itu satu rahmat dari Tuhan.
:)
Earth Hour
Semalam earth hour disambut 80 buah negara. betul ke 80?
And today aku dah rasa efeknyer.
Sejuk.
Dan TIDOOOO sepanjang hari.
Earth Hour memang berkesan.. mcm iklan sabuh basuh pulak...
Merajuk atau mengada-ngada?
Gaduh lagi.
But for no reasons.
I don't know if i should claim it as gaduh.
But it sounds like so.
Things got out of control these days.
Actually aku la, sensitif x tentu pasal.
He raised his voice just a little bit then i gave him cold shoulders.
Or in a nutshell, merajuk (konon)
Maybe he was bit of menyampah then he said bye suddenly.
Tindakan dia tu buat aku koma selama 10 saat.
Macam belon kene cucuk jarum, baru aku sedar yang aku telah bersikap mengada-ngada.
Sikit-sikit pun nak merajuk.
Kalau aku jadi dia aku pun akan naik menyampah.
Bodoh kan aku neh?
Forget It Not
It's happening again.
God help me.
This is so wrong.
So forbidden.
I'm trapped in this feeling.
Why can't it just easily go away?
Why is it the more u try to run from something, the closer it will get?
The more it's chasing you.
Like a silly joke of life, i play the fool.
I hope this will vanish soon. Vanish to dusty death.
aku brutal
aku tahu aku dah lama tak menconteng blog ni so i'm gonna make it short and clear.
minggu ni saja aku dah tendang 2 biji kereta.
the first time at jusco wangsamaju's parking lot.
that stupid old cow stole my parking even though aku dah hon sampai nk crack bangunan jusco.
aku geram aku parking keta aku kt parking lain then pegi kat kete tu dan terus membuat aksi bruce lee. waachaaa!!!
second time aku tendang kereta guru penolong kanan sekolah aku.
sebab dia kurang ajar ngan aku.
dasar pompuan tua x sedar diri.
berani dia pegi jaja cerita pasal pemakaian aku kt orang luar.
so aku apa lagi.
cari kete dia then buat aksi bruce lee untuk kali kedua.
padan muke kau mahani abdul ghani.
and ironically, both of them drive honda.
first time
it feels like the first time
falling over and over again
tahun baru azam baru?
hepi nu year 2009 everyone.
saya sekarang berada di kuala lumpur.
bukan untuk menyambut tahun baru tapi untuk mengelakkan kesedihan tinggal seorang diri di tempat yang jauh dari keluarga.
baru sahaja pulang dari one utama.
the sale craze never ended walaupun dunia sekarang menghadapi krisis ekonomi.
tapi saya bukanlah nak bercerita tentang jualan murah di tempat tersebut.
new year means a new fresh start for me
looking back at 2008, a lot of bad things happened to me.
especially the love part, most of it was very pathetic.
however, i managed to achieve more success.
for my career as a teacher, i made the school proud when the tarian team received anugerah khas juri peringkat negeri. too many things or too many obstacles we needed to face before the dancing competition but i put all my energy, all my strengths just for the sake of winning and in the end all the hard work paid.
saya juga berjaya untuk menguruskan badan.
selama 3 bulan saya bertungkus lumus
tiap2 petang saya beriadah 2-3 jam.
nasi saya tidak sentuh.
makan cuma sekali sehari.
saya tidak makan coklat kegemaran
dan hasilnya
i lost about 5-7 kg
tapi sayang
selepas hari raya aidilfitri berat semakin bertambah dari hari ke hari
almost everyday ada open house
kemudian saya menghadiri kursus induksi selama 2 minggu
makan 5 kali sehari
habis kursus pulang bercuti di rumah selama sebulan
jadi pada penghujung tahun, fizikal saya kembali seperti asal macam awal tahun.
bila saya kaji semula
memang silap saya kerana azam tahun lepas saya hanya nyatakan saya mahu turunkan berat badan.
jadi untuk menebus balik kesilapan itu, azam saya tahun ini ialah
"saya mahu turunkan berat badan dan kekalkan sehingga hujung tahun."
semoga azam baru tahun ini berjaya dicapai!