erti pengorbanan

.

bila dia kata aku tak menghargai apa yang dia lakukan untuk aku, aku menafikan sekeras-kerasnya kerana anggapan aku, tidak ada satu pun benda yang dia buat menunjukkan pengorbanannya terhadap aku.

selalu juga aku blogwalking, mengintai-intai kehidupan mereka yang berpasangan, x kira la samada yang sudah sah ataupun berlagak sah. bahagia. gambar berdua. cerita ke sana ke mari berdua. melakukan itu ini bersama. yang lelaki sanggup berhabis-habisan untuk pasangan perempuannya. beli macam-macam. teddy bear on the spot (macam pergi dating kt shopping complex then lalu depan lovely lace terus masuk beli yang paling besar dan gebu dan sedap dipeluk masa tidur dan si perempuan matanya terus berkaca bila dihulurkan teddy bear itu), bouquet of flowers (kenapa perempuan sukakan bunga?), barang kemas, cool gadgets (handphone, imac, ipod, iphone, idon'tknowwhatelse), lingeries (ok yg ni aku reka sendiri tapi rasa-rasanya ada kot yang bagi) and the list goes on.

cemburu juga rasa. sampai aku melabelkan dia sebagai seorang yang tidak gentleman, tidak sanggup beli apa-apa untuk aku. maknanya dia tidak mahu menggembirakan hidup aku. sorry aku bukan buat tuduhan melulu. kalau kau mahu tahu dengan lebih lanjut kau baca buku tentang hubungan lelaki dan perempuan macam "men are from mars and women from venus" kalau tak silap aku. dan dalam buku itu ada dinyatakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk perempuan yang dikasihinya dengan harapan untuk mendapat balasan berupakan senyuman ataupun ucapan terima kasih kerana itu menandakan si perempuan gembira dengan apa yang telah dilakukan.


----------------------------------------------------------------------------------------------


"when we go out together and u give bad remarks, it feels wasted. i'd rather give the money to my dad than spending them on you."

ok tersinggung tapi nanti dulu. jangan prejudis. dialog itu bukan setakat itu.

"do you know why i want to buy a bike? because i spend 200 ringgit for the petrol every month. but if i own one, i could save more."

hati mula cair sedikit demi sedikit.

"i'm not from a wealthy family. my dad works under the sun to feed us family. 8 hours under the hot-blazing sun."

air mata mula mengalir laju. ibu bapa merupakan isu yang sensitif.

"and i don't want to burden my dad for the feast."

x dapat tahan lagi. menangis macam dalam drama melayu. T_T


"salah aku yang tidak memahami
salah aku mahukan itu ini
salah aku kerana tidak tahu latarbelakangmu
dan keinginanmu untuk memiliki aku"


p/s: ianya merupakan pengorbanan yang paling indah, terlalu indah untuk aku tulis di sini.. =)

2 comments

Unknown said...

material bukan segala2nya..yang penting hati..buat apa teddybear@hadiah cute kalau dengan pmpn lain pun dia mcm tue..biarla dia tak bagi apa pun kat kita asalkan hati dia ikhlas n kita tau dia ada kita sorang je..betul tak??

Syeida Alli said...

yup puffy..
i'm gonna be more grateful with what i have.. or who i have.. tuhan sudah menghadiahkan sesuatu yg paling istimewa kepada kita.. kenapa kite perlukan bnda lain lagi kn?