hari untuk dia meninggalkan bumi kota bharu telah tiba. pintu B telah dibuka untuk semua penumpang penerbangan AK5281. Maka dia turut menyertai penumpang-penumpang lain pergi berbaris. dia harus berjalan sejauh 100 meter untuk memanjat anak tangga kapal terbang. 4 meter dari tangga, tiba2 telefon bimbitnya berbunyi lalu dijawabnya. kedengaran suara kekasih hatinya di corong telefon. hati berbunga tetapi dia terpaksa memberitahu kekasih hatinya dia terpaksa memutuskan talian (bukan memutuskan hubungan)
sebaik sahaja memasuki di dalam kapal terbang, dia mencari tempat duduknya. 21C. di mana ya? oh di situ. oh tidak. bukan di tepi tingkap. kecewa dia. sebelum duduk, dia meletakkan beg komputer ribanya di kaki. sebaik sahaja melabuhkan punggung, telefonnya berbunyi lagi. malu sebab bunyinya sangat kuat. dia telah menerima sepucuk pesanan ringkas dari kekasih hatinya. habis membacanya, dia mematikan telefon bimbitnya dan disimpan di dalam beg.
kerusi tengah tidak berpenumpang. kerusi berhampiran tingkap diduduki oleh seorang pakcik yang memakai topeng. jeles dengan pakcik itu. kemudian datang seorang pramugari di tepinya untuk membuat demonstrasi. selesai demonstrasi, datang pula seorang pramugara untuk memberitahunya supaya menyimpan beg komputer ribanya di bawah kerusi. terkulat-kulat dia cuba menyimpannya. ah macam mana ni? tak muat pula. dipusing beg itu dan disorongkannya di bawah kerusi. muat.
penerbangan yang memakan masa 1 jam itu agak menjemukannya. jadi sepanjang perjalanan itu dia melelapkan matanya. dia harus berehat kerana setibanya dia di lapangan terbang, dia harus menaiki bas ke kl sentral kerana abangnya akan menjemputnya di sana.
tetapi sebelum terlena, dia telah menyaksikan drama cinta sepasang suami isteri yang ditekanya baru berkahwin di tempat duduk sebelah satu lagi (21F dan 21G). si isteri bermanja-manja dengan si suami. di tarik tangan si suami dibelai-belai. dilentokkan kepala ke bahu suami. bernanah mata menyaksikan adegan sebegitu. bukan apa. sekarang ini bulan ramadhan, tidak manis untuk berbuat begitu di khalayak ramai. dia mengutuk-ngutuk pasangan suami isteri itu di dalam hati. habis kurang pahala puasanya.
setelah satu jam, kapal terbang mendarat. dia dengan lajunya mengambil beg tangan dan beg komputer riba dan bangun untuk keluar dari perut kenderaan bersayap itu. dia turun tangga. dalam 5 meter dia berjalan, dia meraba-raba di dalam beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya. cari punya cari, tidak jumpa. cari lagi. pun tidak jumpa. dia mula di serang panik. dicari dalam beg komputer riba. tidak jumpa juga. ah sudah, tak mungkin telefon itu terjatuh di dalam kapal terbang.
dia berpatah balik ke arah kapal terbang tadi. dia memberitahu pramugari yang sedang menunggu di tempat berhampiran. berlari-lari pramugari itu menuju ke kapal terbang. hampir 5 minit dia menunggu pramugari itu datang balik, lalu dia menelefon kekasih hatinya dengan telefon bimbit satu lagi. teresak-esak dia bercerita. kemudian pramugari itu datang. kedua-dua tangannya tidak memegang apa-apa. bermakna telefon bimbit itu sudah selamat diambil orang lain. pramugari itu menasihatkannya untuk membuat laporan di kaunter lost & found.
kisah malang yang lucu (part 1)
stepped by
Syeida Alli
at
6:31 PM
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments
cuuu..hilang hp ke?ciannyo...
haha... nantikan part 2
Post a Comment