pecahkan buih

.

bila aku kata aku ingin bersama kau
aku ingin bersama kau walau dalam apa jua acara
dan aku tak kira walau apa alasan yang diberi
aku tetap mahu bersama kau

tapi kau tidak pernah mahu mengerti aku
kau mahu hidup dalam buih mu sendiri
dan biarkan buih mu berterbangan
meninggalkan aku di atas tanah

kau rasa kalau aku pecahkan buih kau
kau akan rasa sakit tak?

0 comments