saya tidak mahu menangis lagi

.

saya tidak mahu menangis lagi
walaupun saya kaum hawa
saya tidak mahu menjadi hawa yang lemah
saya hawa yang tabah

saya tidak mahu menangis lagi
kalau kamu menyakiti saya
saya tidak akan rasa disakiti
malah saya yang akan menyakitkan kamu
kalau kata-kata kamu berbisa
bagi saya ia tak apa-apa

saya sesekali tidak mahu menangis lagi
mungkin kamu tidak akan percaya
mungkin kamu akan cuba
untuk mencari peluang
supaya saya menitiskan air mata
tidak
saya tidak akan berbuat begitu

saya tidak mahu menangis lagi
jangan kamu tanya kenapa

saya betul-betul tidak mahu menangis lagi
itu kata saya

saya tidak mahu menangis lagi
mampukah saya?