saya geram
rasa seperti ruang peribadi saya telah di hijack
tapi siapa yang hijack saya?
bukan manusia
bukan kucing
bukan osama bin laden
saya tidak suka
kerana saya tiada ruang peribadi
untuk saya menikmati keseronokan secara solo
untuk saya membuka baju
bukan sebab saya suka berbogel
tapi untuk mandi
keluar dari bilik air dibalut dengan tuala sahaja
dan air sisa mandi menitis dari badan dan rambut
membasahi permaidani
sambil mengeringkan badan
saya dapat menyanyi-nyanyi
menari-nari persis beyonce
biarpun punggung saya tidak sehebat dia
kembalikan ruang peribadi saya
jangan kamu hijack lagi
faham?
p/s: penulis berasa geram kerana menumpangkan biliknya untuk ibu saudara beliau yg datang sekeluarga dari kajang untuk beberapa hari.
ruang peribadi
stepped by
Syeida Alli
at
9:03 AM
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment