Ini ada suatu kisah yang lucu yang bisa membuat jiwa anda semua kacau.
Pada suatu masa dahulu di sebuah sekolah, terdapat seorang guru yang sememangnya lain daripada yang lain. Guru itu perempuan, tak berapa tinggi dan tak berapa pendek, boleh dikategorikan sebagai comel juga montok dan mempunyai personaliti yang senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Kita namakan guru itu sebagai Chekgu S.
Apa yang menyebabkan Chekgu S tersebut lain daripada yang lain? Pertamanya dari segi berpakaian. Dia memilih untuk bergaya kasual hanya dengan memakai t-shirt dibaluti jaket atau kardigan dan berseluar jeans dan dia sentiasa bertudung dan bercapal Ipanema walau ke mana.
Keduanya dari segi personaliti. Chekgu S ini senang bergaul dengan sesiapa, agak gila-gilaan, suka membuat halnya sendirian, very open-minded dan meminati band-band indie. Dia pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sekolah.
Dan yang ketiga dari segi pemikirannya. Dia agak kreatif berbanding dengan guru-guru lain di sekolah tersebut. Tetapi hasil kreativitinya sering tidak dihargai. Buta seni sungguh depa-depa nih. Pada hari sukan sekolah, dia telah mencipta tema pirate untuk ahli perbarisan rumahnya. Budak-budak perbarisan dipakaikan dan dimekapkan seperti pirate, rakit pirate dibina dan diusung sepanjang perbarisan dijaga oleh seekor ikan duyung. Walaupun ideanya begitu gah dan jauh berbeza, tapi team yang menggelek-gelek bontot dan terkinja-terkinja macam kera (cheerleaders) tetap mendapat tempat di hati mereka.
Kembali kepada kisah guru tersebut. Chekgu S ini suka bersendirian. Pulang dari sekolah, dia lebih suka tidur di ruang tamu secara solo. Kemudian dia akan bangun untuk bersiap sedia pergi jogging pada waktu petang juga secara solo. Dan pada waktu malam dia akan menikmati hiburan di rumah secara solo. Begitulah rutin hariannya pada hari bekerja. Solo, solo, solo dan solo. Dan hujung minggu kebiasaannya dihabiskan di Kuala Lumpur untuk berwindow shopping tetap secara solo.
Kemudian pada suatu hari, ada seorang guru perempuan yang baru dipostingkan ke sekolah yang sama. Guru baru itu tiada tempat tinggal, lalu ditempatkan di rumah warden untuk sementara. Guru itu telah diberitahu tentang Chekgu S yang menyewa seorang diri. Pada malam itu, satu mesyuarat kecilan diadakan di hostel tersebut yang turut dihadiri oleh guru PK HEM. Guru PK Hem itu bertanya perihal guru baru itu. Guru itu menyatakan untuk menyewa di rumah Chekgu S. Lalu tanpa bertimbang rasanya Guru PK Hem itu berkata, "Tak payahlah sewa dengan Chekgu S tu. Nanti yang pergi ke surau jadi tak pergi ke surau."
Ye tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian...
Sesungguhnya yang mengeluarkan kata-kata fitnah itu adalah seorang ustaz. Seorang yang sepatutnya dipandang mulia kerana tinggi nilai agamanya.
Tapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, masih tegakkah persepsi anda tentang kemuliaan seorang ustaz atau mungkin pandangan anda sudah goyah setelah membaca kisah di atas.
Mungkin Chekgu S ini funky dan seksi tapi menutup aurat orangnya. Tetapi untuk mengkafirkan orang lain, untuk menghasut orang lain berkelakuan tidak baik, terlalu hebatnya fitnah tersebut. Mungkin Chekgu S ini senang bergaul tak kiralah dengan lelaki ke perempuan ke khunsa sekalipun, tapi tidak bermakna dia seorang yang ber'sosial'. Ber'sosial'kah Chekgu S ini bila dia berjogging dan berwindow shopping secara solo? Haih!
Tuan-tuan dan puan-puan, sila jawab soalan saya dengan ikhlas. Siapa yang jahat sekarang ni? Siapa yang menghasut siapa sekarang ni?
Lu tak payah pikir pun lu dah tahu!!!
Dengarkan cerita saya
stepped by
Syeida Alli
at
1:26 AM
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments
haihhh jahat tul pk hem tersebut..siapa dia nak judge orang??tak patut..tak patut..
kesian ustaz tu...tak abih ngaji la kot beliau...
uiks....ku tau sape ustaz tu..ku tau sape cikgu S..ku tau sape ckgu baru..aahaks...
chekgu ass,eh chekgu S tak bersalah lgsg.sy memahami perasaan cgu s itu.dulu sy selalu beraktiviti secara solo, skrg tdk lg krn sy berkwn dgn cgu2 tesl lain yg sememangnya ramai yg masih belum kawen.kami beraktiviti bersama2.berbalik kpd cgu s td, dia mempunyai hak sepenuhnya ke atas dirinya.jd suka hati dia lah.manusia mmg suka jg tepi kain org dan melontarkn fitnah.nauzubillah.komen ku dh mencapai thp blog entry.sekian.terima kasih
uih cikgu S. sapa tak kenal dia. lone ranger. macam zorro pun ye. kita paham sngt peel dia ..almaklumlah kita ni tarzan..jenis sesorang gak.tulah kata org dont judge the book from the cover. betul tak kawan-kawan.
apa pun sabar jekla cik S.mmg lumrah idup.
kat org sekali tak tutup mata.. baik kita kerja dan kerja.
orang nak kata apa..kita peduli apa...
kawan S.. tarzan bandar
Post a Comment